aku follow blog remproblost, yg mana latest aku baca pasal dara dan teruna hilang nilai pada masa kini...
hmm memang tak dapat dinafikan lagi.. perkara ini sudah pun berleluasa yang mana dara dan teruna tidak diambil peduli malah perbuatan sumbang yang menyebabkan hilangnya dara dan teruna itu LAGI dicari oleh segolongan manusia tertentu..
manusia bukanlah makhluk sempurna.. namun begitu jika cukup ajaran dan amalan, dapat juga sedikit sebanyak mencegah diri kita daripada mendekati perkara tersebut, malah menegah kita daripada terjebak sama.. antara pihak yang memainkan peranan penting ialah, ibubapa, penjaga, guru, dan masyarakat sekeliling.
aktiviti yang berfaedah dapat mencegah seseorang itu daripada termasuk ke dalam golongan manusia yang hilang teruna atau dara sebelum hari perkahwinannya..
contohnya, seni bela diri, bagi yang beragama Islam, lebih tepat lagi ialah silat yang mana terdapat unsur-unsur keagamaan di dalam silat tersebut.. tetapi kebanyakan silat mempunyai isu-isu sensitif yang mana memerlukan pesilatnya memahami secara mendalam bagi segenap perkara yang mungkin di luar pemikiran biasa manusia.. tidak menuding kepada mana-mana silat, malah, perlulah kita menghormati semua silat... jalan terbaik ialah kaji dahulu satu-satu silat tersebut, dan bertanya kepada yang tahu, agar tidak terkeluar dari jalan yang sebenar yang perlu ditujui dalam hidup ini.. malu bertanya sesat jalan.. rugi masa, rugi tenaga, buang boregh jo jang... =)
kembali kepada topik yang sedang dibualkan..
teringat aku pada "petua" orang muda pada masa kini, yang mengatakan untuk mengetahui seseorang perempuan itu dara atau tidak, ialah dengan melihat pada bahagian belakangnya..
ibaratkan perempuan sebagai kereta, IBARATKAN SAJA,,,
bahagian yang dimaksudkan ialah but kereta tersebut..
tetapi sejauh manakah kebenaran "petua" ini...?
apa pula pandangan golongan veteran mengenai "petua" ini..?
bagaimana pula dengan lelaki..?
sama-sama kita renungkan, dan berkongsi pandangan...
Friday, June 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment