pernah aku cuba menzahirkan pendapat aku melalui perkataan terhadap beberapa perkara, tapi kebanyakannya tak kesampaian dan banyak yang ditepis dengan secara terang-terangan dan secara halus oleh orang yang tidak dapat menerima pendapat itu..
banyak lagi aku perlu belajar mengenai cara bercakap dan cara untuk memberi pendapat yang mana sekurang-kurangnya dapat menarik perhatian orang lain untuk berfikir mengenai satu-satu pendapat itu sebelum menepisnya bulat-bulat... bagi aku, tidak semuanya salah, dan tidak semuanya betul... cuma seraplah apa yang baik, ketepikan apa yang tidak setuju... dengan cara ini, orang lain tak sakit hati dan tak dendam kat kita, kita pula dapat teguran dan memperbaiki diri yang tidak langsung hampir kepada sempurna ini... yang baik kita amalkan, yang buruk kita sama-sama hindarkan...
ada pula sebilangan orang yang tidak langsung boleh menerima teguran atau pendapat daripada orang lain... asal bagi pendapat saja, melenting; asal bagi pendapat saja, perhubungan jadi renggang... kenapa ini berlaku? adakah kerana takutkan akan pendapat itu benar? adakah kerana takut pendapat itu boleh menjatuhkan kita? untuk hal seperti ini, adalah begitu subjektif... setiap orang mempunyai sebab tersendiri... tapi sebolehnya, dengarlah dahulu pendapat atau teguran yang diberikan...
tapi berhati-hatilah... pendapat atau teguran yang diberikan dengan niat yang baik, kadang-kala boleh disalah tafsirkan oleh orang lain... hal seperti inilah yang kita perlu pelajari teknik-teknik penyampaiannya agar apa yang cuba kita katakan, tegurkan atau beri pendapat, jelas dan sampai maksudnya dengan apa yang kita fikirkan... apa-apa pun, fikirlah secara rasional dahulu dan buat penilaian mendalam tersendiri, barulah beri pendapat atau teguran... aku tak tujukan topik ini kepada sesiapa, cuma terlintas untuk bincangkan hal ni... aku sendiri pun tak lari dari masalah ini... =)
semalam aku turun extra class... ramai yang tak turun sebab buat persediaan untuk peperiksaan semester pendek.. cuma 3 orang senior yang turun, campur aku, 4 orang... tapi walaupun cuma 3 orang je senior yang turun, banyak yang aku dapat tahu mengenai situasi semasa silat yang aku sertai ni...
mengenai facebook yang dibincangkan dalam blog faisal, aku dapat dari wikipedia jek... tapi tak terperinci sangat pasal dia... cuba 'usha' sendiri lor link kat bawah ni... =)
http://en.wikipedia.org/wiki/Mark_Zuckerberg
Tuesday, June 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete