Wednesday, July 11, 2012

I emmmm beeeeek errr geiiinnnnn...!

Assalamualaikum.. selamat bertemu kembali...



Dah lama giler tak bukak blog ni... alhamdulillah igt lagi password nye...
teringat lg zaman kebosanan dulu, create la blog ni... masa tu kat singapore, training dgn company ticketing "penasihat tempat duduk" Malaysia, yang baru sahaja ditubuhkan..


ini pun kebetulan click2 blog org, terjumpa blog sendiri... AT ERE O ICH OM? MACAM DEN KONAL!!  Tapiiiiiiii, APO JADAH nama blog cenggini? so bukak2, tgk tulisan sendiri... malunyerr...! haha..


Pasal nama blog ni, cenggini ceritenyeee.. terlintas masa nak bukak blog ni dulu, puas fikir nama sesuai, tapi tak jumpa2... so aku letak la 1,2 dan 3 huruf2 yang terdapat dalam WH questions in ENGLISH...  
Ewah, SOPIKING KEDONDONG haaaa... kat bawah ni la macam mana terhasilnya nama blog Lord of The Ring aku ni...


AT  =  WH-AT     ?
ERE = WH-ERE   ?
O   =   WH-O       ?
ICH =  WH-ICH  ?
OM =  WH-OM   ?


Tapi dalam blog ni takde kene mengena pun ngan persoalan tu sume... SAJO JO den buek namo belog gitu... kalu korg tgk cite LOTR tu, korg try la sebut laju2...


"~...LEGOLAS!! At ere o ich om SI FRODO...~!!" haaaa, kan dah jadi bahasa LOTR tu... =)


Xde idea sebenarnya.. cuma excited bukak balik blog ni..
kawan2 yg dah lama menyepi tu, harap dapat jalinkan semula ukhwah persahabatan alam maya ni...


sekian, esok kojo, terima kasih membaco, assalamualaikum dan selamat berdengkor... jumpa lagi...  nite nite...

Thursday, August 18, 2011

~~RAYA PROMOTION ~~!!!





Hi guys...



THank yOu for visiting my messy blog... haha.. how are you guys doing? hope everything fine in this Holy month of Ramadan.. Getting nearer and nearer to Eid Celebration yet, we still hoping to get that special ONE night in the last 15 days of Ramadan.




Anyway, beside that, there is a smart phone promotion going on for you to celebrate Eid Fitri with elegant and sporty feelings... ~yea it just your feeling actually~ haha... Its a stock clearance promotion...























just bought mine.. Dealing straight with the supplier.. Therefore the price is slightly lower than the market price now.

Huawei Ideos U8150 are NOW selling fast at RM500 only... But as what i am concerned, the new total set does not include memory stick of MicroSD(same as memory card for X3-02). The full in the box are as below:

1) Phone

2) Battery

3) USB transfer data

4) Plug 3 pin converter to USB(female)

5) Handsfree

6) Warranty and user manual


You can google information about this smart affordable phone..


If YOU are IntEreSteD to one, do not hesitate to email me @ hastets_132@yahoo.com


As if you want to contact me directly, please email you phone number. I will text you my phone number...


Again, thank you very much...

Regards,

CMH

Saturday, July 3, 2010

SINGAPORE FOR A WEEK NOW

hey so long didn't see you... so what's up? huhu...
i'm in singapore, doing training on ticketing system under SABO company. it really nice to know all this new stuffs especially on new technologies which i never encounter before. scanning device, barcode, configure the printer manually and design ticket layout. i never imagine joining this company as i am just a temporary staff which will only be called if an event like moto gp, F1 and GT comes around to malaysia. but now, here i am, doing some training with this company. anyway, i hope i can spend some of my free time with my friends. it was just one week, but i feel like a month already. time goes slowly as more you think about it. but sometimes it can go faster than you can never imagine. anyway, i want to try some new thing in here. which i learned from this training. HTML language is the name i guess. and here goes:-

this is bold sentence
underline
italic now

hmm i still searching for other HTML language so that i can use them in here. owh and some german language too..

wie geht es dir? means how are you?
wie alt bist du? means how old are you

nice huh... anyway got to go... tonight german vs argentina... which team do you support? =)
so long friends.. take care... adios

Friday, August 28, 2009

the calling

terpanggil aku untuk menaip kembali... alhamdulillah pada bulan ni aku dah mula solat penuh... tapi kadang-kadang, tertinggal jugak... aktiviti yang aku jalankan sepanjang bulan ini:
1) kelas mingguan "pentadbiran bisnes"(business administration) =p
2) join majlis ijazah silat
3) hadir 3 tempat latihan silat yang berbeza-beza dalam 4 hari berturut-turut
4) bantu sejumlah 4 orang kawan yang diuji semasa menunggang motosikal dan memandu (tolong tunda, tukar tayar dan kirim kunci spare dari rumah)

ada lagi beberapa aktiviti yang aku buat tapi tak dapat ingat balik buat masa ni... so just nak update sikit blog ni... dah lama sangat tak update...

lagi satu, aku ada handphone sony W960, ak jual pada harga RM750... harga boleh runding, area kuala lumpur... kalu ada yang berminatlah...

sekian dlu, dan assalamualaikum aka sejahtera ke atas kamu..

Tuesday, July 14, 2009

apa nak jadi??

lebih kurang sebulan aku dah cuti.. sepatutnya minggu ini aku mula kelas tapi entah macam, kelas tak mula lagi... aku dapat tahu yang institut aku belajar ini, dah pun ditukarkan namanya daripada Institute of Technology Australia (IOTA) kepada Kip McGrath Institute of Business Australia (KMIBA)... hmm situasi sekarang masih kabur lagi... pensyarah yang mengajar aku pun masih lagi tak beri apa-apa berita kepada pelajar-pelajar... aku harap perkara ini dapat selesai dengan cepat sebab lagi lama tertangguh, lagi lama masa aku perlu peruntukkan untuk belajar...

hmm hari ini akan bermula kelas silat aku... seronok juga rasanya nak turun berlatih balik... dah lama tak berpeluh... huhu...
kepada kawan-kawan seperjuangan, kita jumpa malam nanti... =)

Tuesday, June 23, 2009

welcome to my life...

pernah aku cuba menzahirkan pendapat aku melalui perkataan terhadap beberapa perkara, tapi kebanyakannya tak kesampaian dan banyak yang ditepis dengan secara terang-terangan dan secara halus oleh orang yang tidak dapat menerima pendapat itu..
banyak lagi aku perlu belajar mengenai cara bercakap dan cara untuk memberi pendapat yang mana sekurang-kurangnya dapat menarik perhatian orang lain untuk berfikir mengenai satu-satu pendapat itu sebelum menepisnya bulat-bulat... bagi aku, tidak semuanya salah, dan tidak semuanya betul... cuma seraplah apa yang baik, ketepikan apa yang tidak setuju... dengan cara ini, orang lain tak sakit hati dan tak dendam kat kita, kita pula dapat teguran dan memperbaiki diri yang tidak langsung hampir kepada sempurna ini... yang baik kita amalkan, yang buruk kita sama-sama hindarkan...

ada pula sebilangan orang yang tidak langsung boleh menerima teguran atau pendapat daripada orang lain... asal bagi pendapat saja, melenting; asal bagi pendapat saja, perhubungan jadi renggang... kenapa ini berlaku? adakah kerana takutkan akan pendapat itu benar? adakah kerana takut pendapat itu boleh menjatuhkan kita? untuk hal seperti ini, adalah begitu subjektif... setiap orang mempunyai sebab tersendiri... tapi sebolehnya, dengarlah dahulu pendapat atau teguran yang diberikan...

tapi berhati-hatilah... pendapat atau teguran yang diberikan dengan niat yang baik, kadang-kala boleh disalah tafsirkan oleh orang lain... hal seperti inilah yang kita perlu pelajari teknik-teknik penyampaiannya agar apa yang cuba kita katakan, tegurkan atau beri pendapat, jelas dan sampai maksudnya dengan apa yang kita fikirkan... apa-apa pun, fikirlah secara rasional dahulu dan buat penilaian mendalam tersendiri, barulah beri pendapat atau teguran... aku tak tujukan topik ini kepada sesiapa, cuma terlintas untuk bincangkan hal ni... aku sendiri pun tak lari dari masalah ini... =)

semalam aku turun extra class... ramai yang tak turun sebab buat persediaan untuk peperiksaan semester pendek.. cuma 3 orang senior yang turun, campur aku, 4 orang... tapi walaupun cuma 3 orang je senior yang turun, banyak yang aku dapat tahu mengenai situasi semasa silat yang aku sertai ni...

mengenai facebook yang dibincangkan dalam blog faisal, aku dapat dari wikipedia jek... tapi tak terperinci sangat pasal dia... cuba 'usha' sendiri lor link kat bawah ni... =)
http://en.wikipedia.org/wiki/Mark_Zuckerberg

Friday, June 19, 2009

apa yg aku terbaca; aku ada sikit hal nak tambah...

aku follow blog remproblost, yg mana latest aku baca pasal dara dan teruna hilang nilai pada masa kini...

hmm memang tak dapat dinafikan lagi.. perkara ini sudah pun berleluasa yang mana dara dan teruna tidak diambil peduli malah perbuatan sumbang yang menyebabkan hilangnya dara dan teruna itu LAGI dicari oleh segolongan manusia tertentu..

manusia bukanlah makhluk sempurna.. namun begitu jika cukup ajaran dan amalan, dapat juga sedikit sebanyak mencegah diri kita daripada mendekati perkara tersebut, malah menegah kita daripada terjebak sama.. antara pihak yang memainkan peranan penting ialah, ibubapa, penjaga, guru, dan masyarakat sekeliling.

aktiviti yang berfaedah dapat mencegah seseorang itu daripada termasuk ke dalam golongan manusia yang hilang teruna atau dara sebelum hari perkahwinannya..
contohnya, seni bela diri, bagi yang beragama Islam, lebih tepat lagi ialah silat yang mana terdapat unsur-unsur keagamaan di dalam silat tersebut.. tetapi kebanyakan silat mempunyai isu-isu sensitif yang mana memerlukan pesilatnya memahami secara mendalam bagi segenap perkara yang mungkin di luar pemikiran biasa manusia.. tidak menuding kepada mana-mana silat, malah, perlulah kita menghormati semua silat... jalan terbaik ialah kaji dahulu satu-satu silat tersebut, dan bertanya kepada yang tahu, agar tidak terkeluar dari jalan yang sebenar yang perlu ditujui dalam hidup ini.. malu bertanya sesat jalan.. rugi masa, rugi tenaga, buang boregh jo jang... =)

kembali kepada topik yang sedang dibualkan..

teringat aku pada "petua" orang muda pada masa kini, yang mengatakan untuk mengetahui seseorang perempuan itu dara atau tidak, ialah dengan melihat pada bahagian belakangnya..

ibaratkan perempuan sebagai kereta, IBARATKAN SAJA,,,
bahagian yang dimaksudkan ialah but kereta tersebut..

tetapi sejauh manakah kebenaran "petua" ini...?
apa pula pandangan golongan veteran mengenai "petua" ini..?
bagaimana pula dengan lelaki..?

sama-sama kita renungkan, dan berkongsi pandangan...